Thursday, September 23, 2010

Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/ KONTRAK/ SEMENTARA seperti berikut :-

1. ARTIS BUDAYA B17/ B18
2. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM)


1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR

Syarat Lantikan:
Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat perlantikan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia (Bumiputera)
b) Permohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
c) Sihat tubuh badan
d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan permohon.
e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
f) Pelajar UiTM / Bekas pelajar UiTM / Staf Akademik & Pentadbiran UiTM tidak dibenarkan memohon.
g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

Taraf jawatan:
Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari 25/10/2010 hingga 14/11/2010 : termasuk Sabtu & Ahad)

Kadar Elaun
RM4.00 sejam (8.00 pagi – 6.00 petang : tidak termasuk waktu rehat)

Calon yang berminat sila dapatkan Borang Permohonan di http://ined.uitm.edu.my

Borang Permohonan Hendaklah Dihantar Kepada:

PUSAT PENDIDIKAN JARAK JAUH
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
DW2, INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTER
40000 UiTM SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
(PN AZLINDA MOHAMAD NOR : 03-5522 5339)

Tarikh Tutup Permohonan: 24 September 2010

Wednesday, September 22, 2010

Jawatan Kosong Jabatan Peguam Negara


1. Legal Officer / Pegawai Undang-Undang Grade L41

Terms of Appointment:
i. Please complete the online application form with clear, accurate and thorough
ii. Only application forms with complete information will be processed
iii. Candidates must be Malaysian citizens
iv. Holds a Bachelor of Law with Honours
v. CGPA of 2.75, and the top or second honors on the High and graduates abroad
vi. Pass in Bahasa Malaysia at SPM level
vii. CLP (Certificate of Legal Practice) at least class II on the graduate overseas
viii. Candidates who have applied through the SPA and through the application COLAS and found to have failed in the application are not eligible to apply in this

CLICK HERE TO APPLY ONLINE

Application Closing Date: 31 December 2010

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan seperti dibawah:

1. Pembantu Pengawas Peperiksaan

Tempoh Diperlukan : 01 November 2010 sehingga 15 November 2010
Taraf Jawatan : Sambilan

syarat-syarat perlantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.
(d) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(e) Pelajar UMK / Bekas Pelajar UMK / Staf Akademik & Pentadbiran UMK tidak dibenarkan memohon.
(f) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(g) Pihak UMK boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 3 Oktober 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan di
Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN Gred U29
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN Gred W27
3. PENOLONG JURUTERA Gred J29
4. PEMBANTU PENILAIAN Gred W17
5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM Gred U17
KLIK SINI UNTUK SYARAT KELAYAKAN

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006 yang boleh didapati secara PERCUMA di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia, Tingkat 2,
IbuPejabat Majlis Perbandaran Kangar, No. 192, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis.
2. Pemohon juga boleh memohon Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006 secara PERCUMA melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm X 32cm beralamat sendiri dan setem bernilai 80 sen (sila tulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat).
3. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan disertakan bersama salinan Sijil/dokumendokumen yang telah disahkan (mengikut jawatan yang dipohon) seperti berikut :
(i). Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil Berhenti Sekolah,
(iv). Sijil / Diploma / Ijazah yang berkaitan,
(v). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS
N0. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
( u.p. : Bahagian Sumber Manusia )

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2010

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan


Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat dan sedia untuk berkhidmat untuk mengisi jawatan kosong yang diiklankan seperti berikut:

1. Pegawai Hal Ehwal Islam (S 41)
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa (J29)
3. Penolong juruaudit (W27)
4. Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa (J17)
5. Pembantu Veterinar (G17)
6. Pembantu Pertanian (G17)
7. Pembantu Akauntan (W17)
8. Penghantar notis (N3)
9. Pemandu Kenderaan (R3)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat lantikan, kelayakan, taraf jawatan dan lain-lain sila layari laman web : www.spn.kelantan.gov.my.

Borang permohonan hendaklah dibuat melalui Borang SPN.KN 1 yang boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM 1.00 dan sila hantar permohonan yang telah lengkap ke alamat berikut:

SETIAUSAHA,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI KELANTAN,
TINGKAT BAWAH BLOK 6,
KOTA DARUL NAIM,
15503 KOTA BHARU

Tarikh Tutup Permohonan: 4 Oktober 2010

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam


Permohonan adalah dipelawa daripada warganeagara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Penilaian (W48)

Syarat Kelayakan:
-Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada tarikh tutup iklan
-Pegawai Penilaian Gred W44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan

Pegawai Penilaian Gred W48 yang kosong apabila telah :
-Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
-Lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan
-Diperakui oleh Ketua Jabatan

Jadual Gaji :
P1T1 RM4387.01 P1T8 RM5818.86
P2T1 RM4821.16 P2T8 RM6369.91

Elaun:
ITK: RM : 550.00 ITP: RM:700.00, BSH: RM:200.00

CARA PERMOHONAN
(i) Permohonan hendaklah dibuat melalui borang MPKB-BRI 1 yang boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan, Tingkat 3 Blok B, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan harga RM 2.00.
(ii)Setiap permohonan hendaklah dikemukakan gambar ukuran pasport yang baru, salinan KP /surat beranak, sijil berhenti sekolah, serta dokumen yang berkaitan.
(iii) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan beserta sijil asal; dan
(iv) Borang Pengesahan Ketua Jabatan – lampiran Y dan Laporan Penilaian Pretasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).
(v) Tarikh tutup permohonan ialah sebelum ATAU pada 10 OKTOBER 2010 dan dihantar kepada Setiausaha Majlis Perbandaran kota Bharu Bandaraya Islam, Jalan Hospital 15990 Kota Bharu, Kelantan (up: Penolong Pengarah Perkhidmatan)
(vi) Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Nota:
i. Hanya calon yang berjaya dalam tapisan akan dipanggil temuduga.
ii. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan,
iii.Permohonan yang tidak menerima apa-apa surat selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. AHLI MUZIK (PENGARAH MUZIK) B47
2. AHLI MUZIK (PENERBIT) B41
3. PEGAWAI TADBIR (PENTERJEMAH) N41
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
5. AHLI FOTOGRAFI B11
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

CARA MEMOHON:
- Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.
- Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah atau Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan kelayakan oleh JPA di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.

ALAMAT PERMOHONAN :
Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

CATATAN:
1. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
2. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
3. Permohonan yang tidak disertakan dengan salinan ijazah/diploma atau transkrip tidak akan dilayan.
4. Permohonan yang menyertakan slip peperiksaan sahaja tanpa keperluan di perkara (iii) juga tidak akan dilayan.
5. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 September 2010

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Maahad Tahfiz Al -Quran Majlis Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan.

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM Gred S 41 - (kekosongan 1)
(Guru Pengajian Islam - Takhasus Qiraat)

SYARAT LANTIKAN:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam(Takhasus Qiraat) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S 41: P1T1);
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI) Kn1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10 sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta bersetem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia,Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 1 , Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2009/ terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan,kad pengenalan,surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul bersetem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan .
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan .

ALAMAT PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut ;

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU .

PERKARA AM:
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .

Tarikh Tutup Permohonan: 26 September 2010

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia :

1. Juruaudit (W41)
2. Pegawai Tadbir (N41)

KLIK SINI UNTUK SYARAT KELAYAKAN

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara on – line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://e-jawatan.llmnet.gov.my/index.html mulai 13 September 2010 hingga 26 September 2010

Tarikh Tutup Permohonan: 27 September 2010.

Jawatan Kosong Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU)

TEMUDUGA TERBUKA:

1. PEGAWAI RESIDEN PELAJAR

TARIKH : 21 & 22 SEPTEMBER 2010
MASA : 9.00 PG - 4.00 PTG

KELAYAKAN:
- Memiliki kelulusan minima SPM atau STPM dan berpegetahuan dalam mengendalikan perisian Microsoft Office.
- Berumur 35 tahun dan ke atas.
- Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan asrama.
- Berpendirian tegas, mampu membantu dalam menyelesaikan masalah pelajar dan membuat keputusan dengan bijak dan pantas.

TANGGUNGJAWAB:
- Mengurus dan mengendalikan proses pendaftaran dan kemasukan pelajar asrama
- Menyelia dan mengawasi urusan pentadbiran asrama
- Membantu dalam menyelesaikan masalah harian pelajar
- Mewakili pihak pengurusan dalam semua urusan berkaitan hal ehwal pelajar kolej dan asrama

Calon-calon yang berkahwin dan mempunyai keluarga akan diberikan keutamaan

Calon yang berminat sila hubungi:

Kuala Lumpur Metropolitan University College
Tingat Bawah, Wisma Sachdev 16-2,
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

TEL: 03-26942300 Ext: 215 (EN. RIZAL/PN. HANI), Ext: 114 (MARINA)

Jawatan Kosong Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK)

TEMUDUGA TERBUKA:

1. PERONDA LEBUHRAYA
2. JURUTOL

TARIKH : 25 SEPTEMBER 2010
WAKTU PENDAFTARAN : 9.00 PG - 1.00 TGH
WAKTU TEMUDUGA : 10.00 PG - 5.00 PTG
LOKASI TEMUDUGA : KOMPLEKS OPERASI LITRAK, KM19, LEBUHRAYA DAMANSARA-PUCHONG, BANDAR SUNWAY, PJS 9, 47500 PETALING JAYA, SELANGOR


1. PERONDA LEBUHRAYA

KELAYAKAN:
- Memiliki SPM dan wajib mempunyai lesen memandu B2, E dan GDL/E yang sah
- Individu yang mempunyai latarbelakang penyelenggaraan digalakkan memohon
- Skil komunikasi yang baik, penyabar dan mempunyai semangat kerja berpasukan
- Umur tidak melebihi 45 tahun
- Sanggup bekerja dalam 3 syif
- Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak buta warna
- Sihat tubuh badan


2. JURUTOL

KELAYAKAN:
- Lulus SPM/SPMV
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia
- Lulus Bahasa Inggeris dan Matematik
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Penglihatan baik dan tidak kabur warna
- Mempunyai perwatakan yang mesra pelanggan dan penampilan yang ceria
- Berkebolehan berinteraksi dengan pelanggan
- Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010

Calon-calon dikehendaki membawa salinan ASAL dan satu salinan FOTOSTAT dokumen berikut:

- Sijil SPM/SPMV dan PMR
- Salinan Lesen Memandu
- Sijil-sijil persekolahan
- Kad Pengenalan
- 2 Keping gambar warna berukuran pasport

Nota:
- Calon lelaki hendaklah berpakaian kemas dengan memakai kemeja, berseluar panjang serta memakai kasut yang sesuai dan berstokin.
- Calon Perempuan hendaklah berbaju kurung atau kebaya serta memakai kasut yang sesuai.
- 'JEANS' atau 'CORDUROY' tidak dibenarkan
- Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas akan diberikan keutamaan.