Wednesday, September 22, 2010

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. AHLI MUZIK (PENGARAH MUZIK) B47
2. AHLI MUZIK (PENERBIT) B41
3. PEGAWAI TADBIR (PENTERJEMAH) N41
4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
5. AHLI FOTOGRAFI B11
6. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

CARA MEMOHON:
- Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://intranet.dbkl.gov.my.
- Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah atau Diploma dari Institut Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan kelayakan oleh JPA di laman web http://www.interactive.jpa.gov.my.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik, Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru berukuran pasport.

ALAMAT PERMOHONAN :
Permohonan hendaklah sampai kepada:-

PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR

CATATAN:
1. Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
2. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
3. Permohonan yang tidak disertakan dengan salinan ijazah/diploma atau transkrip tidak akan dilayan.
4. Permohonan yang menyertakan slip peperiksaan sahaja tanpa keperluan di perkara (iii) juga tidak akan dilayan.
5. Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan tuan/puan tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan : 24 September 2010

No comments:

Post a Comment